“And in the end, it’s not the years in your life that count. It’s the life in your years.”
Hello. Hari ini hari terakhir untuk tahun ini. Apa yang anda dah buat sepanjang tahun ini? Saya pun tak tahu apa yang saya dah buat tahun ini. Nak menyesal kerana membazirkan 1 tahun tanpa membuat apa-apa? Tidak ada gunanya kerana hari ini dah hari terakhir. Opss hari terakhir pun masih dalam tahun ini kan? So masih ada masa lagi nak buat sesuatu sebelum tahun yang lain mengetuk pintu.
Buat sekarang !
Tp walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk sampai ke hari ini. Eh tak adalah saya tak tahu langsung apa yang saya buat tahun ini. Ada. Banyak sangat memori, pengalaman, pengajaran. Kawan saya semakin bertambah walau ada juga kawan lama yang saya telah lupakan -_-. Mungkin masa dan jarak yang menhalang atau mungkin kerana sudah berlainan cara hidup. Tidak mengapalah kerana saya tetap mengingati sejarah hidup saya. Saya dapat kawan baik yang baru. Terima kasih ya kawan kerana sudi menjadi kawan saya. Ya la.. awak la!
Saya gembira sebenarnya dengan hidup saya. Saya gembira dengan orang di sekeliling saya. Okaylah errr saya rasa semakin skema untuk post terakhir 2011 kan. Kita berjumpa lagi di tahun hadapan ya. Saya sayang anda semua. *Hugs and kisses*
Bubye 2011, Hello 2012 !